1.
Kata
bantu ialah perkataan yang berperanan untuk menerangkan perbuatan dari segi
masa dan ragam.
2.
Kata
bantu boleh dibahagikan kepada kata bantu aspek dan kata bantu ragam.
3.
Kata
bantu aspek
digunakan untuk menunjukkan perbezaan masa, iaitu pada masa kini, pada masa
hadapan, dan pada masa lampau.
Kata
Bantu Aspek
|
Contoh
Ayat
|
akan
|
Peperiksaan
UPSR akan bermula pada bulan September.
|
belum
|
Amar
belum menghantar buku latihan Bahasa Malaysia.
|
masih
|
Kah
Qi masih tinggal di Taman Impian Emas.
|
pernah
|
Shi
Fang pernah menetap di Kuala Lumpur.
|
sedang
|
Ibu
sedang menyiram pokok bunga.
|
sudah
|
Ayah
sudah bertolak ke Ipoh pada malam tadi.
|
telah
|
Azman
telah mendaftarkan diri di Universiti Malaya.
|
4.
Kata
bantu ragam
digunakan untuk menunjukkan perasaan yang berkaitan dengan perbuatan.
Kata
Bantu Ragam
|
Contoh
Ayat
|
boleh
|
Adik
sudah boleh membaca dengan lancar.
|
dapat
|
Nazrul
dapat menyiapkan latihan itu dengan cepat.
|
harus
|
Kita
harus menghormati ibu dan bapa.
|
hendak
|
Kumar
dan Aliff hendak ke perpustakaan pada petang nanti.
|
mahu
|
Jasmine
mahu ke kedai untuk membeli sekilo gula pasir.
|
mesti
|
Kita
mestilah rajin belajar untuk memperoleh kejayaan.
|
5.
Sesetengah
kata bantu aspek boleh hadir serentak seperti belum pernah, sudah pernah, masih
sedang, masih belum, dan sebagainya.
6.
Sesetengah
kata bantu ragam juga boleh hadir serentak seperti mesti dapat, mesti mahu,
harus boleh, dan sebagainya.
7.
Selain
itu, kata bantu aspek dan kata bantu ragam boleh hadir serentak dalam ayat-ayat
tertentu.
Contohnya
:
Kata
Bantu Aspek dan Kata Bantu Ragam
|
Contoh
Ayat
|
masih
boleh
|
“Pakaian
itu masih boleh dipakai,” kata ibu kepada adik.
|
sedang
hendak
|
Kapal
terbang itu sedang hendak mendarat di lapangan terbang.
|
belum
boleh
|
Buah
mangga itu belum boleh dimakan.
|
belum
dapat
|
Pihak
polis belum dapat menangkap pencuri itu.
|
belum
hendak
|
Kami
belum hendak pulang lagi.
|
akan
dapat
|
Pemenang
kuiz akan dapat melancong ke New Zealand.
|
8.
Begitu
juga dengan kata bantu ragam dan kata bantu aspek. Contohnya :
Kata
Bantu Ragam dan Kata Bantu Aspek
|
Contoh
Ayat
|
harus
sudah
|
Kamu
harus sudah menyiapkan kerja itu kerana sudah petang
|
mesti
akan
|
Sampah
itu mesti akan busuk jika tidak dibuang.
|
mesti
boleh
|
Kami
mesti boleh menjuarai perlawanan itu.
|
mesti
sudah
|
Rancangan
televisyen itu mesti sudah tamat.
|
Kata Bantu
Aspek
|
Contoh
Ayat
|
akan
|
|
belum
|
|
masih
|
|
pernah
|
|
sedang
|
|
sudah
|
|
telah
|
|
Kata Bantu
Ragam
|
Contoh
Ayat
|
boleh
|
|
dapat
|
|
harus
|
|
hendak
|
|
mahu
|
|
mesti
|
|
Kata Bantu
Aspek dan Kata Bantu Ragam
|
Contoh
Ayat
|
masih
boleh
|
|
sedang
hendak
|
|
belum
boleh
|
|
belum
dapat
|
|
belum
hendak
|
|
akan dapat
|
|
Kata Bantu
Ragam dan Kata Bantu Aspek
|
Contoh
Ayat
|
harus
sudah
|
|
mesti akan
|
|
mesti
boleh
|
|
mesti
sudah
|
|
0 ulasan:
Catat Ulasan