Tajuk : Rusa yang bongkak.
Di sebuah hutan, ada seekor
rusa yang bongkak. Rusa itu selalu pergi
ke tepi kolam untuk melihat bayangnya.
Rusa itu berasa bangga melihat tanduknya yang cantik.
”Oh,
cantiknya tandukku!” kata rusa itu kepada dirinya. Namun demikian, rusa itu tidak suka pada
kakinya yang kurus. ”Hai, lihatlah betapa kurusnya kakiku. Aku mahu kakiku cantik juga. Aku mahu kelihatan cantik dari kepala hingga
hujung kaki,” rungutnya.
Pada
suatu hari, ketika sedang melihat-lihat bayangnya di tepi kolam, rusa terdengar
seekor anjing menyalak. Rusa itu sedar
yang anjing pemburu sedang menuju ke tempat itu. Rusa itu berasa takut lalu berlari sekuat
hati.
Sedang
rusa itu berlari ke dalam hutan, tiba-tiba tanduknya tersangkut pada
dahan-dahan sebatang pokok yang rendah.
Rusa itu meronta-ronta untuk melepaskan tanduknya daripada dahan-dahan
itu. Rusa itu bertambah cemas apabila
kedengaran salakan anjing semakin dekat.
Akhirnya, kakinya yang kurus tetapi kuat itu dapat menolongnya
melepaskan diri. Namun, tanduknya
patahnya sedikit.
Anjing
pemburu semakin hampir. Rusa itu dapat
melarikan diri kerana ia boleh berlari laju.
Rusa itu kini menyedari kegunaan kakinya yang telah membantu
menyelamatkan dirinya daripada bahaya.
Sejak
hari itu, rusa itu tidak lagi memandang kakinya sebagai sesuatu yang buruk atau
tidak berguna. Rusa itu juga tidak
bongkak seperti dahulu kerana tanduknya tidak lagi kelihatan begitu cantik. Sedarlah rusa itu bahawa kecantikan tidak semestinya
membawa kebaikan.
Sila klik link di bawah untuk melihat video cerita kanak-kanak. Selamat menonton!
Hebat cerita anda
BalasPadam