Sabtu, 23 Februari 2013

Posted by Unknown On 11:38 PTG

Pantun merupakan satu puisi Melayu sejati. Pantun terpendek terdiri daripada dua baris yang mempunyai ikatan berirama dan mempunyai sebutan yang sama di hujungnya. Baris-baris ini pula boleh dikumpulkan menjadi empat, enam ataupun lapan baris. Jarang terdapat pantun yang melebihi lapan baris dan pada kebiasaannya pantun terdiri daripada empat barisan.
Pantun terbahagi kepada dua bahagian sama banyak rangkapnya, iaitu bahagian pembayang dan diikuti pula dengan maksud pantun. Bahagian pembayang bagi pantun empat kerat terdiri daripada dua ayat pembayang dan dua ayat maksud, dan bagi pembayang pantun lapan kerat adalah empat ayat pembayang dan empat ayat maksud dan demikianlah seterusnya.
ΓΌ  Ciri-ciri umum Pantun
Bentuk
Bilangan baris - Baris juga disebut sebagai kerat. Terdapat pelbagai jenis pantun iaitu pantun 2 kerat,4 kerat, 6 kerat dan pantun 8 kerat.
Pembayang maksud dan maksud - Pantun mempunyai pembayang maksud dan maksud. 2 baris yang pertama adalah pembayang dan 2 baris yang kedua adalah maksud.
Bilangan perkataan sebuah pantun yang baik mempunyai 4-5 patah perkataan sebaris.
•Bilangan suku kata setiap baris pantun yang baik mempunyai 8-12 suku kata.
Rima akhir pantun mempunyai rima akhir yang terkawal. Pantun 4 kerat rima akhirnya ialah a-b-a-b iaitu bunyi rima akhir baris pertama sama dengan baris ketiga dan rima akhir baris kedua sama dengan baris keempat.
Contoh pantun :
1.    Pulau Pandan jauh ke tengah,
Gunung Daik bercabang tiga,
Hancur badan dikandung tanah,
Budi yang baik dikenang juga.

2.    Buah cempedak di luar pagar,
Ambil galah tolong jolokkan,
Kami murid baru belajar,
Kalau salah tolong tunjukkan.


2 ulasan:

  1. Pergi mendaki gunung Daik,
    Hendak menjerat kancil dan rusa,
    Bergotong-royong amalan yang baik,
    Elok diamalkan setiap masa.

    BalasPadam
  2. Limau Bali brli di kota,
    Buah betik juga pulasan;
    Ceria sekali sekolah kita,
    Bunga cantik menjadi hiasan.

    BalasPadam