KATA HUBUNG
1. Kata
hubung ialah perkataan yang digunakan untuk menggabungkan :
- perkataan dengan perkataan
- rangkai kata dengan rangkai kata
- ayat dengan ayat.
2. Kata
hubung terbahagi kepada tiga, iaitu:
- kata hubung gabungan,
- kata hubung pancangan,
- kata hubung berpasangan.
3. Contoh
kata hubung tunggal dan kata hubung berpasangan serta penggunaannya adalah
seperti yang berikut:
Kata
Hubung Tunggal
Contoh
|
Ayat Contoh
|
agar
|
Saya berharap agar kamu dapat menghubungi
dia segera.
|
apabila
|
Mukanya pucat apabila disoal.
|
atau
|
Awak boleh menaiki bas atau teksi untuk ke
sana.
|
bahawa
|
Kami yakin bahawa yang dikatakannya itu
benar.
|
dan
|
Leela dan Siu Lan berjiran.
|
hingga
|
Ayah dan kawannya berbual hingga larut
malam.
|
Jika
|
Saya berpayung jika hujan.
|
Jikalau
|
Jikalau saya kaya, saya akan membina rumah
kebajikan.
|
kecuali
|
Semua murid Nadir kecuali Gopal.
|
kerana
|
Aini menangis kerana terlalu sedih.
|
lalu
|
Burung itu terbang lalu hinggap di dahan
pohon.
|
manakala
|
Baju Karim bersih manakala baju adiknya
kotor.
|
sambil
|
Zalifah bernyanyi sambil menari.
|
serta
|
Zahid serta abangnya menonton wayang.
|
semenjak
|
Saya berkawan dengannya semenjak kecil.
|
sementara
|
Berusahalah sekuat mungkin sementara badan
masih sihat.
|
sungguhpun
|
Sungguhpun buta, orang Itu mampu berdikari.
|
supaya
|
Belajarlah bersungguh‑sungguh supaya
pandai.
|
walaupun
|
Walaupun letih, diselesaikannya juga kerja itu.
|
tetapi
|
Badannya besar tetapi penakut.
|
Kata
Hubung Berpasangan
Contoh
|
Ayat Contoh
|
Baik – mahupun
|
Baik lelaki mahupun perempuan lama‑sama
bergotong‑ royong membersihkan balai raya itu.
|
Baik – baik
|
Baik Daud baik adiknya sama‑sama pintar.
|
bukan sahaja - malah
|
Fuad bukan sahaja nakal malah suka ponteng
sekolah.
|
Entah – entah
|
Jangan lekas percaya akan janjinya, entah
betul entah tidak.
|
Jangan – pun
|
Jangankan sepuluh ringgit, seringgit pun
dia tak ada.
|
Kian – kian
|
Kian lama kian banyak orang yang ke sana.
|
Sama ada – ataupun
|
Guru Besar meminta sama ada bapa ataupun
ibu murid hadir ke Sekolah.
|
sedangkan...inikan pula
|
Sedangkan Gunung Kinabalu terdaki olehnya
inikan pula Bukit Larut.
|
semakin...semakin
|
Encik Hussein semakin kaya semakin pemurah.
|
sungguhpun...tetapi
|
Sungguhpun badannya gemuk tetapi dia kuat
berlari.
|
walaupun...namun
|
Walaupun cacat namun Guan rajin berusaha.
|
Contoh
kata hubung dalam bentuk Akar
Dan
|
hingga
|
lalu
|
ketika
|
Dengan
|
yang
|
tetapi
|
jika
|
Kerana
|
serta
|
kalau
|
kemudian
|
demikian
|
walhal
|
walau
|
agar
|
atau
|
demi
|
supaya
|
Contoh
kata hubung dalam bentuk terbitan.
semasa
|
sementara
|
seharusnya
|
Andai kata
|
semoga
|
seketika
|
sebaliknya
|
sedangkan
|
setelah
|
sesungguhnya
|
walaupun
|
Itu pun
|
sewaktu
|
seandainya
|
meskipun
|
sekalipun
|
mudah-mudahan
|
moga-moga
|
jikalau
|
bagaimanapun
|
padahal
|
Contoh ayat :
1. Menggabungkan dua
ayat
Azhar dan Malek pergi ke Pulau Pinang.
2. Menggabungkan dua rangkai
kata
Kita boleh pergi ke Mekah dengan kapal terbang atau kapal laut.
3. Menggabungkan ayat-ayat
Negara itu mengeluarkan hasil galian yang banyak tetapi
rakyatnya masih miskin dan menderita.
Aliya sangat bangga
BalasPadamAliya mendapat hadia pertama dalam persaingan matematik dengan itu dia berasa bangga.
PadamAliya sangat bangga
BalasPadam