Rabu, 30 Januari 2013

Posted by Unknown On 1:41 PG

·        Perkataan “ganti nama” ialah perkataan yang menggantikan perkataan NAMA.
·        Kata ganti diri ialah kata yang digunakan untuk menggantikan kata nama orang.

Ganti nama Diri
Kata Ganti Diri Pertama
1.       Kata ganti diri pertama ialah kata yang digunakan untuk menggantikan diri orang yang bercakap.
2.       Kata ganti diri pertama terbahagi dua, iaitu yang berbentuk tunggal dan yang berbentuk jamak.

Kata Ganti Diri
Pertama
Penggunaannya
aku (tunggal)
digunakan apabila bercakap dengan  kawan biasa atau dengan Tuhan
saya (tunggal)
digunakan apabila bercakap dengan  seseorang yang baru dikenal atau dalam suasana rasmi
hamba (tunggal)
digunakan pada diri sendiri pada zaman dahulu
patik (tunggal)
digunakan oleh rakyat apabila bercakap dengan raja atau sultan
beta (tunggal)
digunakan oleh raja atau sultan apabila bertitah kepada rakyat
kami (jamak)
digunakan kepada diri orang yang berkata serta temannya apabila bercakap dengan orang kedua
kita (jamak)
digunakan kepada diri sendiri dan menyertakan diri orang kedua


Kata ganti nama Diri Kedua
1.     Kata ganti diri kedua digunakan ketika kita berbual dengan seseorang.
2.     Kata ganti ini boleh dipecahkan kepada dua bentuk, iaitu bentuk tunggal dan bentuk jamak seperti berikut :
Kata Ganti Diri
Kedua
Penggunaannya
anda (tunggal)
digunakan untuk diri orang
 kedua apabila tidak berhadapan 
dengan kita
awak (tunggal)
digunakan untuk diri orang
kedua yang rapat hubungannya 
dengan kita
engkau (tunggal)
digunakan untuk diri orang
kedua yang rapat hubungannya
 dengan kita dan dengan Tuhan juga
tuanku (tunggal)
digunakan apabila bercakap
dengan sultan dan raja
kalian (jamak)
digunakan untuk beberapa
orang yang diajak bercakap
kamu (tunggal dan jamak)
digunakan untuk diri orang
kedua yang rapat hubungannya 
dengan kita

Contoh ayat yang menggunakan kata ganti diri kedua :
1. Awak pekerja yang patuh
2. Kamu semua adalah murid yang baik
3. Guru mencari engkau.
4. Anda semua dinasihati membaca soalan dengan teliti.

Kata Ganti diri ketiga
1.     kata ganti diri ketiga ialah bagi merujuk kepada orang ketiga,kata-kata seperti mereka, beliau, baginda hendaklah digunakan.
2.     Kata ganti diri ketiga boleh dipecahkan kepada dua bentuk.
Kata Ganti Diri Ketiga
Penggunaannya
baginda (tunggal)
digunakan untuk raja dan sultan
beliau (tunggal
digunakan untuk orang yang kita hormati, misalnya
ibu bapa, guru, dan pemimpin
dia dan ia (tunggal)
digunakan untuk orang yang umum seperti orang biasa dan rakan
mereka (jamak)
digunakan untuk orang yang bilangannya lebih daripada seorang

Contoh ayat yang menggunakan kata ganti diri ketiga.
1. Dia pegawai pendidikan.
2. Mereka itu orang India.
3. Beliau banyak membantu penduduk di situ.
5. Baginda sedang bertitah di atas singgahsana.

Contoh penggunaan kata ganti nama dalam kehidupan seharian :


1 ulasan:

  1. Ini membantu anak saya untuk membuat kerja rumahnya. Terimah kasih untuk membuat web seperti ini.

    BalasPadam