Rabu, 30 Januari 2013

Posted by Unknown On 5:45 PG
Tajuk : Rusa yang bongkak.


Di sebuah hutan, ada seekor rusa yang bongkak.  Rusa itu selalu pergi ke tepi kolam untuk melihat bayangnya.  Rusa itu berasa bangga melihat tanduknya yang cantik.
”Oh, cantiknya tandukku!” kata rusa itu kepada dirinya.  Namun demikian, rusa itu tidak suka pada kakinya yang kurus. ”Hai, lihatlah betapa kurusnya kakiku.  Aku mahu kakiku cantik juga.  Aku mahu kelihatan cantik dari kepala hingga hujung kaki,” rungutnya.
Pada suatu hari, ketika sedang melihat-lihat bayangnya di tepi kolam, rusa terdengar seekor anjing menyalak.  Rusa itu sedar yang anjing pemburu sedang menuju ke tempat itu.  Rusa itu berasa takut lalu berlari sekuat hati.
Sedang rusa itu berlari ke dalam hutan, tiba-tiba tanduknya tersangkut pada dahan-dahan sebatang pokok yang rendah.  Rusa itu meronta-ronta untuk melepaskan tanduknya daripada dahan-dahan itu.  Rusa itu bertambah cemas apabila kedengaran salakan anjing semakin dekat.  Akhirnya, kakinya yang kurus tetapi kuat itu dapat menolongnya melepaskan diri.  Namun, tanduknya patahnya sedikit.
Anjing pemburu semakin hampir.  Rusa itu dapat melarikan diri kerana ia boleh berlari laju.  Rusa itu kini menyedari kegunaan kakinya yang telah membantu menyelamatkan dirinya daripada bahaya.
Sejak hari itu, rusa itu tidak lagi memandang kakinya sebagai sesuatu yang buruk atau tidak berguna.  Rusa itu juga tidak bongkak seperti dahulu kerana tanduknya tidak lagi kelihatan begitu cantik.  Sedarlah rusa itu bahawa kecantikan tidak semestinya membawa kebaikan.


Sila klik link di bawah untuk melihat video cerita kanak-kanak. Selamat menonton!

Posted by Unknown On 4:53 PG

Senaraikan benda atau binatang yang tersembunyi dalam gambar di bawah kemudian, bina ayat berdasarkan benda yang tersembunyi itu. 

Contoh:

Gunting terletak di tapak kaki angsa.





Posted by Unknown On 1:41 PG

·        Perkataan “ganti nama” ialah perkataan yang menggantikan perkataan NAMA.
·        Kata ganti diri ialah kata yang digunakan untuk menggantikan kata nama orang.

Ganti nama Diri
Kata Ganti Diri Pertama
1.       Kata ganti diri pertama ialah kata yang digunakan untuk menggantikan diri orang yang bercakap.
2.       Kata ganti diri pertama terbahagi dua, iaitu yang berbentuk tunggal dan yang berbentuk jamak.

Kata Ganti Diri
Pertama
Penggunaannya
aku (tunggal)
digunakan apabila bercakap dengan  kawan biasa atau dengan Tuhan
saya (tunggal)
digunakan apabila bercakap dengan  seseorang yang baru dikenal atau dalam suasana rasmi
hamba (tunggal)
digunakan pada diri sendiri pada zaman dahulu
patik (tunggal)
digunakan oleh rakyat apabila bercakap dengan raja atau sultan
beta (tunggal)
digunakan oleh raja atau sultan apabila bertitah kepada rakyat
kami (jamak)
digunakan kepada diri orang yang berkata serta temannya apabila bercakap dengan orang kedua
kita (jamak)
digunakan kepada diri sendiri dan menyertakan diri orang kedua


Kata ganti nama Diri Kedua
1.     Kata ganti diri kedua digunakan ketika kita berbual dengan seseorang.
2.     Kata ganti ini boleh dipecahkan kepada dua bentuk, iaitu bentuk tunggal dan bentuk jamak seperti berikut :
Kata Ganti Diri
Kedua
Penggunaannya
anda (tunggal)
digunakan untuk diri orang
 kedua apabila tidak berhadapan 
dengan kita
awak (tunggal)
digunakan untuk diri orang
kedua yang rapat hubungannya 
dengan kita
engkau (tunggal)
digunakan untuk diri orang
kedua yang rapat hubungannya
 dengan kita dan dengan Tuhan juga
tuanku (tunggal)
digunakan apabila bercakap
dengan sultan dan raja
kalian (jamak)
digunakan untuk beberapa
orang yang diajak bercakap
kamu (tunggal dan jamak)
digunakan untuk diri orang
kedua yang rapat hubungannya 
dengan kita

Contoh ayat yang menggunakan kata ganti diri kedua :
1. Awak pekerja yang patuh
2. Kamu semua adalah murid yang baik
3. Guru mencari engkau.
4. Anda semua dinasihati membaca soalan dengan teliti.

Kata Ganti diri ketiga
1.     kata ganti diri ketiga ialah bagi merujuk kepada orang ketiga,kata-kata seperti mereka, beliau, baginda hendaklah digunakan.
2.     Kata ganti diri ketiga boleh dipecahkan kepada dua bentuk.
Kata Ganti Diri Ketiga
Penggunaannya
baginda (tunggal)
digunakan untuk raja dan sultan
beliau (tunggal
digunakan untuk orang yang kita hormati, misalnya
ibu bapa, guru, dan pemimpin
dia dan ia (tunggal)
digunakan untuk orang yang umum seperti orang biasa dan rakan
mereka (jamak)
digunakan untuk orang yang bilangannya lebih daripada seorang

Contoh ayat yang menggunakan kata ganti diri ketiga.
1. Dia pegawai pendidikan.
2. Mereka itu orang India.
3. Beliau banyak membantu penduduk di situ.
5. Baginda sedang bertitah di atas singgahsana.

Contoh penggunaan kata ganti nama dalam kehidupan seharian :


Selasa, 29 Januari 2013

Posted by Unknown On 11:49 PTG

ü Kata perintah ialah perkataan yang digunakan untuk menunjukkan arahan.

ü Kata perintah boleh ditambah partikel –lah di belakangnya.
Contoh:
Jangan
Sila
tolong
Harap
usah
jemput
Minta


Contoh ayat :
1.     Jangan tolak meja itu ke situ.
2.     Silalah datang ke rumah saya jika ada masa lapang.
3.     Tolong buang sampah ke dalam tong sampah.


Berikut adalah contoh gambar yang menunjukkan penggunaan kata perintah.



Mari kita cuba menjawab soalan ini. Sila klik di sini.

Posted by Unknown On 11:32 PTG
Ø  Kata adjektif (KA) ialah kata yang menjadi inti dalam frasa adjektif seperti manis sekali, sudah lama sungguh, masih lebat lagi.
Ø  Kata-kata dalam golongan kata adjektif menerangkan keadaan atau sifat sesuatu nama atau frasa nama. Kata adjektif boleh dikenali jika kata berkenaan didahului oleh kata penguat seperti amat, sangat, sungguh, sekali, paling, agak, benar.
Ø  Kata adjektif boleh dibahagikan kepada sembilan subgolongan.

Jenis
Contoh
Sifat
Baik, cerdik, berani. Lemah, kukuh, kemas, kejap, secantik, terkuat
Warna
Merah, jingga, ungu, putih, kuning langsat
Ukuran
Pendek, panjang, tebal, nipis, dalam, besar, sebesar, terpanjang, ternipis
Bentuk
Bulat, bujur, leper, segi empat.
Waktu
Lama, lambat, lewat, segera, suntuk, lampau, lalu, silam.
Jarak
Dekat, hampir, jauh
Cara
Selalu, jarang, kadang-kadang, kerap, lambat, deras, laju, jelas, muram, lincah.
Pancaindera
-          Rasa
-          Pandang
-          Dengar
-          Bau
-          Sentuh
Sedap, lzat, manis,pahit, lemak, pedas, payau
Buruk, hodoh, jelita, cantik
Bising, senyap
Busuk, wangi, hangit, hapak
Kesat, kasar, lembab, halus, licin
Perasaan
Takut, seram, benci, rindu, marah, senang, gembira.

Sila klik link di bawah untuk memuat turun nota pembelajaran untuk tajuk ini. 

Selamat mengulangkaji! 


"KATA ADJEKTIF"