" Selamat Datang ke Laman Pembelajaran Interaktif"

Klik Gambar Untuk Biodata Penuh Cikgu Shella

Klik Gambar Untuk Biodata Penuh Cikgu Leslie

Klik Gambar Untuk Biodata Penuh Cikgu Suriana

Selasa, 20 September 2016

Posted by Unknown On 8:12 PTG

1.    Kata bantu ialah perkataan yang berperanan untuk menerangkan perbuatan dari segi masa dan ragam.
2.    Kata bantu boleh dibahagikan kepada kata bantu aspek dan kata bantu ragam.
3.    Kata bantu aspek digunakan untuk menunjukkan perbezaan masa, iaitu pada masa kini, pada masa hadapan, dan pada masa lampau.

Kata Bantu Aspek
Contoh Ayat
akan
Peperiksaan UPSR akan bermula pada bulan September.
belum
Amar belum menghantar buku latihan Bahasa Malaysia.
masih
Kah Qi masih tinggal di Taman Impian Emas.
pernah
Shi Fang pernah menetap di Kuala Lumpur.
sedang
Ibu sedang menyiram pokok bunga.
sudah
Ayah sudah bertolak ke Ipoh pada malam tadi.
telah
Azman telah mendaftarkan diri di Universiti Malaya.

4.    Kata bantu ragam digunakan untuk menunjukkan perasaan yang berkaitan dengan perbuatan.

Kata Bantu Ragam
Contoh Ayat
boleh
Adik sudah boleh membaca dengan lancar.
dapat
Nazrul dapat menyiapkan latihan itu dengan cepat.
harus
Kita harus menghormati ibu dan bapa.
hendak
Kumar dan Aliff hendak ke perpustakaan pada petang nanti.
mahu
Jasmine mahu ke kedai untuk membeli sekilo gula pasir.
mesti
Kita mestilah rajin belajar untuk memperoleh kejayaan.

5.    Sesetengah kata bantu aspek boleh hadir serentak seperti belum pernah, sudah pernah, masih sedang, masih belum, dan sebagainya.
6.    Sesetengah kata bantu ragam juga boleh hadir serentak seperti mesti dapat, mesti mahu, harus boleh, dan sebagainya.
7.    Selain itu, kata bantu aspek dan kata bantu ragam boleh hadir serentak dalam ayat-ayat tertentu.
Contohnya :

Kata Bantu Aspek dan Kata Bantu Ragam
Contoh Ayat
masih boleh
“Pakaian itu masih boleh dipakai,” kata ibu kepada adik.
sedang hendak
Kapal terbang itu sedang hendak mendarat di lapangan terbang.
belum boleh
Buah mangga itu belum boleh dimakan.
belum dapat
Pihak polis belum dapat menangkap pencuri itu.
belum hendak
Kami belum hendak pulang lagi.
akan dapat
Pemenang kuiz akan dapat melancong ke New Zealand.

8.    Begitu juga dengan kata bantu ragam dan kata bantu aspek. Contohnya :

Kata Bantu Ragam dan Kata Bantu Aspek

Contoh Ayat
harus  sudah
Kamu harus sudah menyiapkan kerja itu kerana sudah petang
mesti akan
Sampah itu mesti akan busuk jika tidak dibuang.
mesti boleh
Kami mesti boleh menjuarai perlawanan itu.
mesti sudah
Rancangan televisyen itu mesti sudah tamat.

Latihan :

Kata Bantu Aspek
Contoh Ayat
akan

belum

masih

pernah

sedang

sudah

telah


Kata Bantu Ragam
Contoh Ayat
boleh

dapat

harus

hendak

mahu

mesti


Kata Bantu Aspek dan Kata Bantu Ragam
Contoh Ayat
masih boleh

sedang hendak

belum boleh

belum dapat

belum hendak

akan dapat


Kata Bantu Ragam dan Kata Bantu Aspek
Contoh Ayat
harus  sudah

mesti akan

mesti boleh

mesti sudah



Selasa, 9 September 2014

Posted by Unknown On 8:48 PTG
Jenis ayat perintah
Penerangan
Contoh ayat
Ayat suruhan
Ayat yang diucapkan dengan tujuan memberi perintah atau arahan. Ayat suruhan boleh menggunakan –lah di hujung perkataan.
Pergilah kamu ke kebun sayur bersama Adam.

Engkau tunggulah Felicia di sini.
Ayat larangan
Ayat yang menggunakan kata larangan seperti jangan, usah atau tidak usaha. Ayat larangan boleh menggunakan –lah di hujung perkataan.
Jangan cabut rumput itu.

Usah diganggu binatang itu.
Ayat silaan
Ayat yang menggunakan kata silaan seperti sila atau jemput dengan tujuan menjemput atau mempersilakan seseorang.
Silalah datang ke kempen penanaman semula.

Jemput masuk.
Ayat permintaan
Ayat yang menggunakan kata permintaan, seperti minta dan tolong dengan tujuan memohon permintaan dan pertolongan.
Tolong siram pokok bunga itu.

Minta amir tolong matikan suis kipas.
Posted by Unknown On 8:44 PTG







Posted by Unknown On 8:43 PTG

Posted by Unknown On 8:43 PTG

Jumaat, 15 November 2013

Posted by Unknown On 3:15 PG
Perumpamaan
-          Perumpamaan ialah susunan kata – kata yang indah, ringkas, kemas dan mempunyai maksud yang tersirat. Biasanya, perumpamaan dimulai dengan kata bagai, ibarat, laksana, seperti dan umpama.
-          Berikut merupakan contoh – contoh peribahasa dan maksudnya.

Perumpamaan
Maksud
Bagai aur dengan tebing
Tolong-menolong antara satu dengan yang lain
Bagai bunyi cempedak jatuh
Bunyi jatuh yang kuat
Bagai bulan dipagari bintang
Kecantikan gadis yang tiada bandingannya
Bagai diiris dengan sembilu
Perasaan yang sangat pedih
Bagai duri dalam daging
Sesuatu hal yang tidak menyenangkan
Bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing
Hanya mementingkan diri sendiri
Bagai itik pulang petang
Berjalan lambat sekali
Bagai isi dengan kuku
Persahabatan yang sangat erat
Bagai kacang melupakan kulit
Orang yang tidak tahu mengenang budi
Bagai kumbang putus tali
Amat cepat; terlepas daripada sengsara
Bagai melepaskan batuk di tangga
Membuat sesuatu kerja sambil lewa saja
Bagai menatang minyak yang penuh
Mendidik anak dengan penuh belaian kasih sayang
Bagai mencencang air
Membuat pekerjaan yang sia-sia
Bagai mural tercabut ekor
Seseorang yang becok mulutnya
Bagai si kudung mendapat cincin
Orang yang tidak dapat merasai nikmat atau menggunakan kemudahan yang diperoleh
Bagai pinang dibelah dua/ Seperti cincin dengan permata
Pasangan yang sama padan dan sama cantik
Bagai tikus membaiki labu
Merosakkan lagi barang yang dibaikinya
Seperti abu di atas tunggul/ Seperti telur di hujung tanduk
Kedudukan tidak tetap atau tidak terjamin
Seperd anak ayam kehilangan ibu
Berpecah dan hilang tempat bergantung
Seperti anjing dengan kucing
Adik-beradik yang suka bergaduh
Seperti anjing dengan bayang-bayang
Orang yang tamak, tidak cukup dengan apa-apa yang ada
Seperti api dalam sekam
Dendam; perbuatan jahat yang tersembunyi
Seperti ayam berak kapur
Muka pucat dan tidak bermaya
Seperti bertih digoreng
Bunyi bising atau percakapan yang tidak berhenti-henti
Seperti cacing kepanasan
Tidak diam atau tenang; selalu gelisah
Seperti embun di hujung rumput
Kasih sayang yang tidak berkekalan
Seperti gergaji dua mata/ Seperti talam dua muka
Seseorang yang mengambil kesempatan daripada pertelingkahan antara dua pihak
Seperti harimau menyembunyikan kukunya
Menyembunyikan kelebihan yang ada pada dirinya
Seperti hujan jatuh ke pasir/ Seperti mencurahkan air ke daun keladi
Memberi nasihat kepada orang tetapi tidak berkesan
Seperti katak di bawah tempurung
Orang yang cetek pengetahuannya mengenai hal dunia luar
Seperti kera kena belacan
Tidak suka duduk diam
Seperti kera mendapat bunga
Seseorang yang tidak tahu menghargai pemberian orang lain
Seperti kerbau dicucuk hidung
Seseorang yang lurus; menurut segala perintah orang lain tanpa usul periksa
Seperti langit dengan bumi
Perbezaan yang amat ketara
Seperti mengajar itik berenang
Mengajar seseorang yang arif atau pandai daripada kita
Seperti pahat dengan penukul
Orang yang hanya bekerja apabila diperintah
Seperti pungguk rindu akan bulan
Mengharapkan sesuatu yang tidak mungkin diperoleh
Seperti rusa masuk ke kampung
Berasa hairan dan tercengang-cenggang apabila berada di tempat yang baru
Seperti tikus jatuh di beras
Memperoleh kekayaan yang tidak disangka-sangka
Seperti ular kena palu
Jalan atau barisan yang bengkang-bengkok