Jenis ayat perintah
|
Penerangan
|
Contoh ayat
|
Ayat suruhan
|
Ayat yang diucapkan
dengan tujuan memberi perintah atau arahan. Ayat suruhan boleh menggunakan
–lah di hujung perkataan.
|
Pergilah kamu ke kebun
sayur bersama Adam.
Engkau tunggulah Felicia
di sini.
|
Ayat larangan
|
Ayat yang menggunakan kata
larangan seperti jangan, usah atau tidak usaha. Ayat larangan boleh
menggunakan –lah di hujung perkataan.
|
Jangan cabut rumput itu.
Usah diganggu
binatang itu.
|
Ayat silaan
|
Ayat yang
menggunakan kata silaan seperti sila atau jemput dengan tujuan menjemput atau
mempersilakan seseorang.
|
Silalah datang ke kempen
penanaman semula.
Jemput masuk.
|
Ayat permintaan
|
Ayat yang
menggunakan kata permintaan, seperti minta dan tolong dengan tujuan memohon
permintaan dan pertolongan.
|
Tolong siram pokok bunga
itu.
Minta amir tolong
matikan suis kipas.
|
Selasa, 9 September 2014
Posted by Unknown
On 8:48 PTG
Categories: Tatabahasa
Langgan:
Catatan (Atom)