Rabu, 27 Februari 2013

Posted by Unknown On 4:53 PTG

Ahad, 24 Februari 2013

Posted by Unknown On 10:01 PG
Mari bermain teka silang kata.
"Klik pada gambar di bawah"


Posted by Unknown On 12:09 PG



Posted by Unknown On 12:08 PG

Definisi
Syair ialah jenis puisi melayu lama yang berangkap dan setiap rangkapnya mengandung 4 baris ayat yang kesemuanya membawa makna isi dan maksud.  Keempat-empat baris itu  pula berirama sama.
Syair sering membawa makna isi yang berhubung dengan kias ibarat. Sindiran , nasihat, pengajaran, agama dan juga berasakan sejarah atau dongeng.
Ciri-ciri 
Bentuk Syair
a. Merupakan puisi terikat.
b. Rangkap : jumlah baris serangkap tetap iaitu 4 baris. Setiap baris dalam rangkap merupakan idea atau maksud atau isi cerita syair itu.  Ini bermakna syair tidak mempunyai pembayang seperti pantun.  Cerita dalam setiap baris dalam serangkap itu perlu bersambungan dari satu rangkap ke satu rangkap untuk membawa kesatuan yang lengkap bagi keseluruhan syair tersebut
c. Perkataan :  bilangan perkataan sebaris tetap iaitu 4-5 perkataan sebaris
d. Suku kata :  Bilangan suku kata sebaris juga tetap iaitu antara 8-12 sukuk ata dalam sebaris
e. Rima:  Rima  akhir dalam serangkap juga tetap iaitu a/a/a/a

Sabtu, 23 Februari 2013

Posted by Unknown On 11:55 PTG

Ciri-ciri Sajak
1.    Tema
Tema merupakan persoalan utama yang hendak disampaikan dalam sajak, contohnya tema kemanusiaan, kasih sayang dan cinta akan negara.
2.    Persoalan
Persoalan pula merupakan perkara sampingan yang hendak disampaikan. Misalnya, sesebuah sajak akan menyelitkan persoalan kasih sayang, kemarahan, dan kekecewaan dalam sajak tersebut.
3.    Bentuk
Jenis bentuk, bilangan rangkap, jumlah baris, jumlah suku kata dalam baris, jumlah perkataan dalam baris dan rima akhir setiap baris.
4.    Gaya Bahasa
i.              Perbandingan
(a)  Metafora
Perbandingan yang tidak jelas. Penggunaannya secara langsung tanpa menggunakan perkataan seperti, bak, umpama.
(b)  Hiperbola
Gaya bahasa yang keterlaluan. Biasanya digunakan untuk memberi penekanan maksudnya berhubung dengan perasaan dan suasana.
(c)  Personofikasi
Benda yang tidak hidup, peristiwa atau keadaan diberi perbandingan dengan  manusia.
(d)  Simile
Membandingkan sesuatu keadaan, suasana, peristiwa diberi perbandingan dengan manusia.
ii.            Penggunaan ayat
Inversi  - Gaya bahasa yang menyongsangkan ayat.
iii.           Pengulangan
Anafora / Epifora /  Simplok
Memperlihatkan aspek pengulangan perkataan dalam setiap perkataan di awal ayat( anafora), tengah ayat ( simplok), dan akhir ayat (epifora).
iv.           Unsur Bunyi
Asonansi   _ pengulangan bunyi vokal ( a,e,i o,u)
Aliterasi     -  pengulangan bunyi konsonan
v.            Nada
Nada Melankolik  -  Menggambarkan suasana sedih
Nada Patriotik      -  Menggambarkan penuh perasaan
Nada Sinis           -  Menggambarkan perasaan kurang senang.
Nada Protes        -   Menggambarkan perasaan menentang
Nada Romantik   -   Menggambarkan perasaan yang tenang

Contoh Sajak
Aku Menjadi Lebih Berani
Kali ini
kau berbaju biru
dan bajuku ungu
sayang, hanya aku tahu
hatimu
tidak setulus hatiku
yang berbaju ungu.
Bila begini, sebilah pisau aku tidak gentar
sepatah kata,
bisa, aku merasa.
Hati dan rasa mengejarku
aku menjadi lebih berani.
 Latifah Haji Shebli
Anak Laut,
DBP, 2000


Posted by Unknown On 11:38 PTG

Pantun merupakan satu puisi Melayu sejati. Pantun terpendek terdiri daripada dua baris yang mempunyai ikatan berirama dan mempunyai sebutan yang sama di hujungnya. Baris-baris ini pula boleh dikumpulkan menjadi empat, enam ataupun lapan baris. Jarang terdapat pantun yang melebihi lapan baris dan pada kebiasaannya pantun terdiri daripada empat barisan.
Pantun terbahagi kepada dua bahagian sama banyak rangkapnya, iaitu bahagian pembayang dan diikuti pula dengan maksud pantun. Bahagian pembayang bagi pantun empat kerat terdiri daripada dua ayat pembayang dan dua ayat maksud, dan bagi pembayang pantun lapan kerat adalah empat ayat pembayang dan empat ayat maksud dan demikianlah seterusnya.
ΓΌ  Ciri-ciri umum Pantun
Bentuk
Bilangan baris - Baris juga disebut sebagai kerat. Terdapat pelbagai jenis pantun iaitu pantun 2 kerat,4 kerat, 6 kerat dan pantun 8 kerat.
Pembayang maksud dan maksud - Pantun mempunyai pembayang maksud dan maksud. 2 baris yang pertama adalah pembayang dan 2 baris yang kedua adalah maksud.
Bilangan perkataan sebuah pantun yang baik mempunyai 4-5 patah perkataan sebaris.
•Bilangan suku kata setiap baris pantun yang baik mempunyai 8-12 suku kata.
Rima akhir pantun mempunyai rima akhir yang terkawal. Pantun 4 kerat rima akhirnya ialah a-b-a-b iaitu bunyi rima akhir baris pertama sama dengan baris ketiga dan rima akhir baris kedua sama dengan baris keempat.
Contoh pantun :
1.    Pulau Pandan jauh ke tengah,
Gunung Daik bercabang tiga,
Hancur badan dikandung tanah,
Budi yang baik dikenang juga.

2.    Buah cempedak di luar pagar,
Ambil galah tolong jolokkan,
Kami murid baru belajar,
Kalau salah tolong tunjukkan.


Posted by Unknown On 9:26 PTG

(I)Kata Nama Am
Kata Nama Am digunakan untuk menyatakan nama orang, binatang, benda dan tempat secara umum.
Contoh: kereta, ayah, polis, kucing, sekolah

(II)Kata Nama Khas
Kata Nama Khas ialah kata yang merujuk nama orang, binatang, tempat dan benda secara khas. Semua kata nama khas ditulis dengan huruf besar pada pangkal katanya.

(III) Kata Ganti Nama
Kata ganti nama ialah kata yang digunakan bagi menggantikan kata nama.

(a) Kata Ganti Nama Diri
- Digunakan untuk menggantikan nama manusia. Kata ganti nama diri dibahagikan kepada tiga jenis, iaitu kata ganti nama diri pertama, kata ganti nama diri kedua dan kata ganti nama diri ketiga.

Contoh:
Kata ganti nama diri pertama - saya, aku, beta
Kata ganti nama diri kedua- awak, kamu, engkau
Kata ganti nama diri ketiga- dia, mereka, beliau

(b) Kata Ganti Nama tunjuk
Digunakan untuk menunjukkan benda, haiwan, manusia dan tempat.
Contoh: ini, itu

(c) Kata Ganti Nama Tanya
Digunakan untuk menanyakan hal, benda, orang dan binatang.
Contoh: apa, siapa, mana

(d) Kata Ganti Nama Tempat
Digunakan untuk menunjukkan kedudukan orang, benda, haiwan dan tempat.
Contoh: sana, sini, situ

(e) Kata Ganti Nama Tak Tentu
Digunakan untuk menggantikan orang, haiwan, benda dan tempat yang tidak khusus.
Contoh: apa-apa, siapa-siapa, mana-mana, bila-bila


Sila klik di sini untuk menjawab latihan.
Posted by Unknown On 6:32 PTG


Rabu, 20 Februari 2013

Posted by Unknown On 6:06 PG