Selasa, 7 Mei 2013

Posted by Unknown On 6:34 PG
Sila klik pada gambar di bawah untuk menjawab latihan.













Posted by Unknown On 6:09 PG

Posted by Unknown On 5:36 PG

KATA HUBUNG


1.    Kata hubung ialah perkataan yang digunakan untuk menggabungkan :
  • perkataan dengan perkataan
  • rangkai kata dengan rangkai kata
  • ayat dengan ayat.

2.    Kata hubung terbahagi kepada tiga, iaitu:
  • kata hubung gabungan,
  • kata hubung pancangan,
  • kata hubung berpasangan.

3.    Contoh kata hubung tunggal dan kata hubung berpasangan serta penggunaannya adalah seperti yang berikut:

Kata Hubung Tunggal
Contoh
Ayat Contoh
agar
Saya berharap agar kamu dapat menghubungi dia segera.
apabila
Mukanya pucat apabila disoal.
atau
Awak boleh menaiki bas atau teksi untuk ke sana.
bahawa
Kami yakin bahawa yang dikatakannya itu benar.
dan
Leela dan Siu Lan berjiran.
hingga
Ayah dan kawannya berbual hingga larut malam.
Jika
Saya berpayung jika hujan.
Jikalau
Jikalau saya kaya, saya akan membina rumah kebajikan.
kecuali
Semua murid Nadir kecuali Gopal.
kerana
Aini menangis kerana terlalu sedih.
lalu
Burung itu terbang lalu hinggap di dahan pohon.
manakala
Baju Karim bersih manakala baju adiknya kotor.
sambil
Zalifah bernyanyi sambil menari.
serta
Zahid serta abangnya menonton wayang.
semenjak
Saya berkawan dengannya semenjak kecil.
sementara
Berusahalah sekuat mungkin sementara badan masih sihat.
sungguhpun
Sungguhpun buta, orang Itu mampu berdikari.
supaya
Belajarlah bersungguh‑sungguh supaya pandai.
walaupun
Walaupun letih, diselesaikannya juga kerja itu.
tetapi
Badannya besar tetapi penakut.

Kata Hubung Berpasangan
Contoh
Ayat Contoh
Baik – mahupun
Baik lelaki mahupun perempuan lama‑sama bergotong‑ royong membersihkan balai raya itu.
Baik – baik
Baik Daud baik adiknya sama‑sama pintar.
bukan sahaja - malah
Fuad bukan sahaja nakal malah suka ponteng sekolah.
Entah – entah
Jangan lekas percaya akan janjinya, entah betul entah tidak.
Jangan – pun
Jangankan sepuluh ringgit, seringgit pun dia tak ada.
Kian – kian
Kian lama kian banyak orang yang ke sana.
Sama ada – ataupun
Guru Besar meminta sama ada bapa ataupun ibu murid hadir ke Sekolah.
sedangkan...inikan pula
Sedangkan Gunung Kinabalu terdaki olehnya inikan pula Bukit Larut.
semakin...semakin
Encik Hussein semakin kaya semakin pemurah.
sungguhpun...tetapi
Sungguhpun badannya gemuk tetapi dia kuat berlari.
walaupun...namun
Walaupun cacat namun Guan rajin berusaha.

Contoh kata hubung dalam bentuk Akar
Dan
hingga
lalu
ketika
Dengan
yang
tetapi
jika
Kerana
serta
kalau
kemudian
demikian
walhal
walau
agar
atau
demi
supaya

Contoh kata hubung dalam bentuk terbitan.
semasa
sementara
seharusnya
Andai kata
semoga
seketika
sebaliknya
sedangkan
setelah
sesungguhnya
walaupun
Itu pun
sewaktu
seandainya
meskipun
sekalipun
mudah-mudahan
moga-moga
jikalau
bagaimanapun
padahal

Contoh ayat :

 1. Menggabungkan dua ayat
                Azhar dan Malek pergi ke Pulau Pinang.

2. Menggabungkan dua rangkai kata
                Kita boleh pergi ke Mekah dengan kapal terbang atau kapal laut.

3. Menggabungkan ayat-ayat
                Negara itu mengeluarkan hasil galian yang banyak tetapi rakyatnya masih miskin dan menderita.

Ahad, 5 Mei 2013

Posted by Unknown On 8:58 PTG

Posted by Unknown On 8:57 PTG


Sabtu, 13 April 2013

Posted by Unknown On 11:42 PG
Posted by Unknown On 9:49 PG

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN BAHASA MELAYU


Tarikh                                            : 22 April 2013
Tahun                                            : 3 Anggerik
Masa                                              : 8.20 pagi – 9.20 pagi
Bilangan Murid                           : 25 orang
Mata Pelajaran                            : Bahasa Melayu
Tema                                             :  Alam Sekitar
Tajuk                                              : Sungai Kita Tanggungjawab Bersama  

Fokus Utama: 

3.0 Menyampaikan maklumat dalam pengucapan yang mudah, betul, menarik dan berkesan.

3.2 Menghuraikan maklumat dengan menggunakan alasan yang meyakinkan.
Aras 1 : Menyatakan idea tentang sesuatu topik dengan memberikan sebab.

Fokus Sampingan:

9.0 Mencatat dan menyusun maklumat.

9.2 Mengenal pasti maklumat dan mencatat nota  daripada bahan yang didengar dan dibaca.
Aras 1 : Merekod maklumat tentang sesuatu perkara.

Objektif :
Pada akhir pembelajaran murid dapat;
i.              Menyatakan dengan jelas lima faktor berlakunya pencemaran sungai melalui tayangan 
         video.
ii.            Menyatakan dengan jelas empat kesan berlakunya pencemaran sungai.
iii.          Menyenaraikan tiga kata nama am dan tiga kata nama khas yang terdapat dalam 
         petikan dengan betul.
iv.      Menulis semula dua perenggan isi karangan berkaitan langkah menjaga kebersihan 
        sungai.

Pengisian kurikulum :

Sistem bahasa :
i.              Sebutan dan intonasi                 : Sebutan dan intonasi yang betul.
ii.            Tatabahasa                                 : Kata Nama Am dan Kata Nama Khas
iii.           Kosa kata                                    : Kepesatan, industri, fenomena, prihatin, globalisasi

Pengisian Kurikulum :
Ilmu                : Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan, Kajian Tempatan
Nilai Murni    : Bertanggungjawab, kebersihan fizikal dan mental, kerjasama.

Kemahiran Bernilai Tambah :    
i.              Kemahiran berfikir
ii.            Kemahiran belajar cara belajar                      
iii.           Kajian masa depan                  
iv.           Pembelajaran kontekstual      

Strategi pengajaran dan pembelajaran            : Pendekatan berpusatkan murid
Kemahiran generik                                                : Kemahiran belajar

Penekanan 5P                      
                      
i.              Penggabungjalinan            :  Kemahiran lisan dan menulis
ii.            Penyerapan ilmu                :  Nilai Murni
iii.           Kemahiran berfikir             :  Menginterpretasikan dan mentafsir, menjana idea,
                                             menilai merumus dan meringkas.

Bahan sumber Pengajaran dan Pembelajaran :

i.              Bahan multimedia            : LCD, komputer, video, slaid power point
ii.            Bahan bercetak                : Lembaran kerja
iii.           Bahan maujud                  : Teks petikan, peta grafik

Pengetahuan sedia ada :

i.    Murid pernah melihat sendiri atau menonton pada kaca televisyen mengenai isu 
    pencemaran sungai yang berlaku di persekitaran mereka.



Langkah-langkah Pengajaran dan Pembelajaran

Langkah/
Masa
Isi Pelajaran
Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran
Catatan
Set Induksi
( 5 minit)
i.    Slaid power point.
-         Gambar sungai yang belum tercemar dan sungai yang telah tercemar.

(Lampiran 1)



-       Apakah perbezaan sungai yang tercemar dan belum tercemar ?
-  Guru menunjukkan slaid power point.
-  Guru bersoal jawab bersama murid.
-  Guru mengaitkan slaid power point dengan topik pelajaran.
ABM:
-  Slaid power point.
Nilai :
-  Berani
KBT :
-  Kemahiran Berfikir.
Pembelajaran kontekstual.

Langkah 1
( 10 minit )
ii.    Tayangan video.
-       “Video Pencemaran Sungai “.
iii.  Teks petikan mengenai pencemaran sungai.
-       Teks “ Langkah Menangani Masalah Pencemaran Sungai”.

(Lampiran 2)


- Guru meminta murid menghurai faktor yang menyebabkan pencemaran sungai.
-   Guru membaca satu teks petikan mengenai pencemaran sungai.
-   Guru meminta murid menyenaraikan kata nama khas dan kata nama am berdasarkan teks petikan.
-   Guru meminta beberapa orang murid untuk membacakan jawapan mereka.
 ABM :
-   Video, teks petikan.

KBT :
-   Kemahiran berfikir.

Sistem bahasa :
Langkah 2
(10 minit)

iv.    Berdasarkan tayangan video "Pencemaran Sungai".
v.    Sesi bersoal jawab.
Soalan :
Apakah kesan yang timbul akibat daripada pencemaran sungai ini?

Jawapan :
1.    Merosakkan pemandangan alam sekitar.
2.    Pelancong tidak melancong di negara kita.
3.    Memusnahkan hidupan akuatik.
4.    Mendatangkan penyakit – penyakit berbahaya.
vi.    Menulis langkah – langkah mengekalkan kebersihan sungai.
-   Guru menayangkan video berkaitan dengan pencemaran sungai.
-   Guru meminta murid menyatakan dengan jelas kesan berlakunya pencemaran sungai.
-   Guru meminta murid menyenaraikan langkah – langkah menjaga kebersihan sungai.
ABM :
-   Video
KBT :
-   Kemahiran berfikir
-   Kajian masa depan
-   Pembelajaran konstruktivisme
-   Pembelajaran kontekstual
-   Kecerdasan pelbagai

Langkah 3
( 20 minit )
vii.  Kad warna.

Kumpulan 1 :
Murid ditugaskan untuk melakonkan satu simulasi ketika menegur seorang rakan mereka yang tidak membuang sampah dalam tong sampah.

Kumpulan 2 :
Murid ditugaskan untuk menyampaikan sebuah cerita pendek tentang pencemaran sungai.

 (Lampiran 3)

Kumpulan 1 :



Kumpulan 2 :




- Guru membahagikan murid kepada dua kumpulan.
-    Semua persembahan murid akan dinilai oleh guru.
ABM :
-  Kad warna, lembaran kerja.
KBT (KB) :
-  Kecerdasan pelbagai.
-       Pembelajaran kontekstual.

Langkah 4
( 10 minit )
     viii.      Penggayaan :
- Murid diminta menyalin semula teks petikan yang dibaca oleh guru.
  
     ix.        Pemulihan :
-  Murid diminta melengkapkan perkataan pada petikan yang ruang yang kosong.

-   Guru meminta murid mendengar dengan jelas petikan yang disampaikan.
- Guru mengedarkan lembaran kerja kepada setiap murid.
-   Guru meminta murid menulis jawapan mereka di atas lembaran kerja yang diberikan.
ABM :
-   Lembaran kerja

KBT :
-  Kemahiran berfikir
- Kajian masa depan.
Pembelajaran konstruktivisme.
Pembelajaran kontekstual.


Penutup
( 5 minit )
Penutup kognitif

· Kepentingan menjaga kebersihan sungai.
·  Amalan – amalan yang perlu dijauhi agar kebersihan sungai terjamin.
·  Tanggungjawab menjaga sungai milik kita.
- Guru membuat rumusan keseluruhan pembelajaran.
-  Murid dirangsang merumus isi pelajaran.
-   Murid diberikan pujian atas kerjasama sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran
Nilai :
Kerjasama, kesyukuran.

Refleksi :

      i.        Kekuatan
________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

    ii.        Kelemahan
________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

   iii.        Cadangan Penambahbaikan
________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________