Rabu, 27 Februari 2013
Ahad, 24 Februari 2013
Posted by Unknown
On 12:08 PG
Definisi
Syair ialah jenis puisi melayu lama yang
berangkap dan setiap rangkapnya mengandung 4 baris ayat yang kesemuanya membawa
makna isi dan maksud. Keempat-empat
baris itu pula berirama sama.
Syair sering membawa makna isi yang berhubung
dengan kias ibarat. Sindiran , nasihat, pengajaran, agama dan juga berasakan
sejarah atau dongeng.
Ciri-ciri
Bentuk Syair
Bentuk Syair
a. Merupakan puisi terikat.
b. Rangkap : jumlah baris serangkap tetap
iaitu 4 baris. Setiap baris dalam rangkap merupakan idea atau maksud atau isi
cerita syair itu. Ini bermakna syair
tidak mempunyai pembayang seperti pantun.
Cerita dalam setiap baris dalam serangkap itu perlu bersambungan dari
satu rangkap ke satu rangkap untuk membawa kesatuan yang lengkap bagi
keseluruhan syair tersebut
c. Perkataan : bilangan perkataan sebaris tetap iaitu 4-5
perkataan sebaris
d. Suku kata : Bilangan suku kata sebaris juga tetap iaitu
antara 8-12 sukuk ata dalam sebaris
e. Rima:
Rima akhir dalam serangkap juga
tetap iaitu a/a/a/a
Categories: Sastera
Sabtu, 23 Februari 2013
Posted by Unknown
On 11:55 PTG
Ciri-ciri Sajak
Tema
merupakan persoalan utama yang hendak disampaikan dalam sajak, contohnya tema
kemanusiaan, kasih sayang dan cinta akan negara.
2.
Persoalan
Persoalan
pula merupakan perkara sampingan yang hendak disampaikan. Misalnya, sesebuah
sajak akan menyelitkan persoalan kasih sayang, kemarahan, dan kekecewaan dalam
sajak tersebut.
3.
Bentuk
Jenis
bentuk, bilangan rangkap, jumlah baris, jumlah suku kata dalam baris, jumlah
perkataan dalam baris dan rima akhir setiap baris.
4.
Gaya Bahasa
i.
Perbandingan
(a) Metafora
Perbandingan yang tidak jelas.
Penggunaannya secara langsung tanpa menggunakan perkataan seperti, bak, umpama.
(b) Hiperbola
Gaya bahasa yang keterlaluan. Biasanya
digunakan untuk memberi penekanan maksudnya berhubung dengan perasaan dan
suasana.
(c) Personofikasi
Benda yang tidak hidup, peristiwa atau
keadaan diberi perbandingan dengan
manusia.
(d) Simile
Membandingkan sesuatu keadaan, suasana,
peristiwa diberi perbandingan dengan manusia.
ii.
Penggunaan ayat
Inversi
- Gaya bahasa yang menyongsangkan ayat.
iii.
Pengulangan
Anafora / Epifora / Simplok
Memperlihatkan aspek pengulangan perkataan
dalam setiap perkataan di awal ayat( anafora), tengah ayat ( simplok), dan
akhir ayat (epifora).
iv.
Unsur Bunyi
Asonansi
_ pengulangan bunyi vokal ( a,e,i o,u)
Aliterasi -
pengulangan bunyi konsonan
v.
Nada
Nada Melankolik -
Menggambarkan suasana sedih
Nada Patriotik -
Menggambarkan penuh perasaan
Nada Sinis -
Menggambarkan perasaan kurang senang.
Nada Protes -
Menggambarkan perasaan menentang
Nada Romantik -
Menggambarkan perasaan yang tenang
Contoh Sajak
Aku Menjadi Lebih Berani
Kali ini
kau berbaju biru
dan bajuku ungu
sayang, hanya aku tahu
hatimu
tidak setulus hatiku
yang berbaju ungu.
Bila begini, sebilah pisau aku tidak gentar
sepatah kata,
bisa, aku merasa.
Hati dan rasa mengejarku
aku menjadi lebih berani.
Latifah Haji
Shebli
Anak Laut,
DBP, 2000
Anak Laut,
DBP, 2000
Categories: Sastera
Posted by Unknown
On 11:38 PTG
Pantun merupakan satu puisi Melayu sejati.
Pantun terpendek terdiri daripada dua baris yang mempunyai ikatan berirama dan
mempunyai sebutan yang sama di hujungnya. Baris-baris ini pula boleh
dikumpulkan menjadi empat, enam ataupun lapan baris. Jarang terdapat pantun
yang melebihi lapan baris dan pada kebiasaannya pantun terdiri daripada empat
barisan.
Pantun terbahagi kepada dua bahagian sama
banyak rangkapnya, iaitu bahagian pembayang dan diikuti pula dengan maksud
pantun. Bahagian pembayang bagi pantun empat kerat terdiri daripada dua ayat
pembayang dan dua ayat maksud, dan bagi pembayang pantun lapan kerat adalah
empat ayat pembayang dan empat ayat maksud dan demikianlah seterusnya.
ü Ciri-ciri umum Pantun
Bentuk
•Bilangan baris - Baris juga disebut sebagai kerat. Terdapat pelbagai jenis pantun
iaitu pantun 2 kerat,4 kerat, 6 kerat dan pantun 8 kerat.
•Pembayang maksud dan maksud - Pantun mempunyai pembayang maksud dan maksud. 2 baris
yang pertama adalah pembayang dan 2 baris yang kedua adalah maksud.
•Bilangan perkataan sebuah pantun yang baik mempunyai 4-5 patah perkataan sebaris.
•Bilangan suku kata setiap baris pantun yang
baik mempunyai 8-12 suku kata.
•Rima akhir pantun mempunyai rima akhir yang terkawal.
Pantun 4 kerat rima akhirnya ialah a-b-a-b iaitu bunyi rima akhir baris pertama
sama dengan baris ketiga dan rima akhir baris kedua sama dengan baris keempat.
Contoh pantun :
1.
Pulau Pandan jauh ke tengah,
Gunung Daik bercabang tiga,
Hancur badan dikandung tanah,
Budi yang baik dikenang juga.
Gunung Daik bercabang tiga,
Hancur badan dikandung tanah,
Budi yang baik dikenang juga.
2.
Buah cempedak di luar pagar,
Ambil
galah tolong jolokkan,
Kami
murid baru belajar,
Kalau
salah tolong tunjukkan.
Categories: Sastera
Posted by Unknown
On 9:26 PTG
(I)Kata Nama Am
Kata Nama Am digunakan untuk menyatakan nama orang,
binatang, benda dan tempat secara umum.
Contoh:
kereta, ayah, polis, kucing, sekolah
(II)Kata Nama Khas
Kata Nama Khas ialah kata yang merujuk nama orang,
binatang, tempat dan benda secara khas. Semua kata nama khas ditulis dengan
huruf besar pada pangkal katanya.
(III) Kata Ganti Nama
Kata ganti nama ialah kata yang digunakan bagi
menggantikan kata nama.
(a) Kata Ganti Nama Diri
- Digunakan untuk menggantikan nama manusia. Kata ganti
nama diri dibahagikan kepada tiga jenis, iaitu kata ganti nama diri pertama,
kata ganti nama diri kedua dan kata ganti nama diri ketiga.
Contoh:
Kata ganti nama diri pertama - saya, aku, beta
Kata ganti nama diri kedua- awak, kamu, engkau
Kata ganti nama diri ketiga- dia, mereka, beliau
(b) Kata Ganti Nama tunjuk
Digunakan untuk menunjukkan benda, haiwan, manusia dan
tempat.
Contoh:
ini, itu
(c) Kata Ganti Nama Tanya
Digunakan untuk menanyakan hal, benda, orang dan
binatang.
Contoh:
apa, siapa, mana
(d) Kata Ganti Nama Tempat
Digunakan untuk menunjukkan kedudukan orang, benda,
haiwan dan tempat.
Contoh:
sana, sini, situ
(e) Kata Ganti Nama Tak Tentu
Digunakan untuk menggantikan orang, haiwan, benda dan
tempat yang tidak khusus.
Categories: Nota Pembelajaran
Rabu, 20 Februari 2013
Rabu, 30 Januari 2013
Posted by Unknown
On 5:45 PG
Tajuk : Rusa yang bongkak.
Di sebuah hutan, ada seekor
rusa yang bongkak. Rusa itu selalu pergi
ke tepi kolam untuk melihat bayangnya.
Rusa itu berasa bangga melihat tanduknya yang cantik.
”Oh,
cantiknya tandukku!” kata rusa itu kepada dirinya. Namun demikian, rusa itu tidak suka pada
kakinya yang kurus. ”Hai, lihatlah betapa kurusnya kakiku. Aku mahu kakiku cantik juga. Aku mahu kelihatan cantik dari kepala hingga
hujung kaki,” rungutnya.
Pada
suatu hari, ketika sedang melihat-lihat bayangnya di tepi kolam, rusa terdengar
seekor anjing menyalak. Rusa itu sedar
yang anjing pemburu sedang menuju ke tempat itu. Rusa itu berasa takut lalu berlari sekuat
hati.
Sedang
rusa itu berlari ke dalam hutan, tiba-tiba tanduknya tersangkut pada
dahan-dahan sebatang pokok yang rendah.
Rusa itu meronta-ronta untuk melepaskan tanduknya daripada dahan-dahan
itu. Rusa itu bertambah cemas apabila
kedengaran salakan anjing semakin dekat.
Akhirnya, kakinya yang kurus tetapi kuat itu dapat menolongnya
melepaskan diri. Namun, tanduknya
patahnya sedikit.
Anjing
pemburu semakin hampir. Rusa itu dapat
melarikan diri kerana ia boleh berlari laju.
Rusa itu kini menyedari kegunaan kakinya yang telah membantu
menyelamatkan dirinya daripada bahaya.
Sejak
hari itu, rusa itu tidak lagi memandang kakinya sebagai sesuatu yang buruk atau
tidak berguna. Rusa itu juga tidak
bongkak seperti dahulu kerana tanduknya tidak lagi kelihatan begitu cantik. Sedarlah rusa itu bahawa kecantikan tidak semestinya
membawa kebaikan.
Sila klik link di bawah untuk melihat video cerita kanak-kanak. Selamat menonton!
Categories: Cerita Teladan
Posted by Unknown
On 4:53 PG
Senaraikan
benda atau binatang yang tersembunyi dalam gambar di bawah kemudian, bina ayat
berdasarkan benda yang tersembunyi itu.
Contoh:
Gunting terletak di tapak kaki angsa.
Categories: Permainan Bahasa
Posted by Unknown
On 1:41 PG
·
Perkataan “ganti nama” ialah perkataan
yang menggantikan perkataan NAMA.
·
Kata ganti diri ialah kata yang
digunakan untuk menggantikan kata nama orang.
Ganti nama Diri
Kata Ganti
Diri Pertama
1.
Kata ganti diri pertama ialah kata yang digunakan untuk menggantikan diri orang
yang bercakap.
2.
Kata ganti diri pertama terbahagi dua, iaitu yang berbentuk tunggal dan
yang berbentuk jamak.
Kata
Ganti Diri
Pertama |
Penggunaannya
|
aku
(tunggal)
|
digunakan
apabila bercakap dengan kawan biasa
atau dengan Tuhan
|
saya
(tunggal)
|
digunakan
apabila bercakap dengan seseorang yang
baru dikenal atau dalam suasana rasmi
|
hamba
(tunggal)
|
digunakan
pada diri sendiri pada zaman dahulu
|
patik
(tunggal)
|
digunakan
oleh rakyat apabila bercakap dengan raja atau sultan
|
beta
(tunggal)
|
digunakan
oleh raja atau sultan apabila bertitah kepada rakyat
|
kami
(jamak)
|
digunakan
kepada diri orang yang berkata serta temannya apabila bercakap dengan orang
kedua
|
kita
(jamak)
|
digunakan
kepada diri sendiri dan menyertakan diri orang kedua
|
Kata ganti nama Diri
Kedua
1.
Kata ganti diri kedua digunakan ketika
kita berbual dengan seseorang.
2.
Kata ganti ini boleh dipecahkan kepada
dua bentuk, iaitu bentuk tunggal dan bentuk jamak seperti berikut :
Kata
Ganti Diri
Kedua |
Penggunaannya
|
anda
(tunggal)
|
digunakan
untuk diri orang
kedua apabila tidak berhadapan
dengan kita |
awak
(tunggal)
|
digunakan
untuk diri orang
kedua
yang rapat hubungannya
dengan kita |
engkau
(tunggal)
|
digunakan
untuk diri orang
kedua
yang rapat hubungannya
dengan kita dan dengan Tuhan juga
|
tuanku
(tunggal)
|
digunakan
apabila bercakap
dengan
sultan dan raja
|
kalian
(jamak)
|
digunakan
untuk beberapa
orang
yang diajak bercakap
|
kamu
(tunggal dan jamak)
|
digunakan
untuk diri orang
kedua
yang rapat hubungannya
dengan kita |
Contoh ayat yang
menggunakan kata ganti diri kedua :
1. Awak pekerja yang
patuh
2. Kamu semua adalah
murid yang baik
3. Guru mencari engkau.
4. Anda semua
dinasihati membaca soalan dengan teliti.
Kata Ganti diri ketiga
1.
kata ganti diri ketiga ialah bagi
merujuk kepada orang ketiga,kata-kata seperti mereka, beliau, baginda hendaklah
digunakan.
2.
Kata ganti diri ketiga boleh dipecahkan
kepada dua bentuk.
Kata
Ganti Diri Ketiga
|
Penggunaannya
|
baginda
(tunggal)
|
digunakan
untuk raja dan sultan
|
beliau
(tunggal
|
digunakan
untuk orang yang kita hormati, misalnya
ibu
bapa, guru, dan pemimpin
|
dia
dan ia (tunggal)
|
digunakan
untuk orang yang umum seperti orang biasa dan rakan
|
mereka
(jamak)
|
digunakan
untuk orang yang bilangannya lebih daripada seorang
|
Contoh ayat yang
menggunakan kata ganti diri ketiga.
1. Dia pegawai pendidikan.
2. Mereka itu orang
India.
3. Beliau banyak
membantu penduduk di situ.
5. Baginda sedang
bertitah di atas singgahsana.
Contoh penggunaan kata ganti nama dalam kehidupan seharian :
Categories: Nota Pembelajaran
Selasa, 29 Januari 2013
Posted by Unknown
On 11:49 PTG
ü Kata
perintah ialah perkataan yang digunakan untuk menunjukkan arahan.
ü Kata
perintah boleh ditambah partikel –lah di belakangnya.
Contoh:
Jangan
|
Sila
|
tolong
|
Harap
|
usah
|
jemput
|
Minta
|
Contoh ayat :
1. Jangan
tolak meja itu ke situ.
2. Silalah
datang ke rumah saya jika ada masa lapang.
3. Tolong
buang sampah ke dalam tong sampah.
Berikut adalah contoh gambar yang menunjukkan penggunaan kata perintah.
Categories: Nota Pembelajaran
Posted by Unknown
On 11:32 PTG
Ø Kata adjektif (KA) ialah kata yang
menjadi inti dalam frasa adjektif seperti manis sekali,
sudah lama sungguh, masih lebat lagi.
Ø Kata-kata dalam golongan kata adjektif menerangkan keadaan atau sifat sesuatu nama atau frasa nama. Kata adjektif boleh dikenali jika kata berkenaan didahului oleh kata penguat seperti amat, sangat, sungguh, sekali, paling, agak, benar.
Ø Kata adjektif boleh dibahagikan kepada sembilan subgolongan.
Ø Kata-kata dalam golongan kata adjektif menerangkan keadaan atau sifat sesuatu nama atau frasa nama. Kata adjektif boleh dikenali jika kata berkenaan didahului oleh kata penguat seperti amat, sangat, sungguh, sekali, paling, agak, benar.
Ø Kata adjektif boleh dibahagikan kepada sembilan subgolongan.
Jenis
|
Contoh
|
Sifat
|
Baik,
cerdik, berani. Lemah, kukuh, kemas, kejap, secantik, terkuat
|
Warna
|
Merah, jingga, ungu, putih, kuning
langsat
|
Ukuran
|
Pendek,
panjang, tebal, nipis, dalam, besar, sebesar, terpanjang, ternipis
|
Bentuk
|
Bulat, bujur, leper, segi empat.
|
Waktu
|
Lama,
lambat, lewat, segera, suntuk, lampau, lalu, silam.
|
Jarak
|
Dekat, hampir, jauh
|
Cara
|
Selalu,
jarang, kadang-kadang, kerap, lambat, deras, laju, jelas, muram, lincah.
|
Pancaindera
- Rasa
- Pandang
- Dengar
- Bau
- Sentuh
|
Sedap, lzat, manis,pahit, lemak,
pedas, payau
Buruk, hodoh, jelita, cantik
Bising, senyap
Busuk, wangi, hangit, hapak
Kesat, kasar, lembab, halus, licin
|
Perasaan
|
Takut,
seram, benci, rindu, marah, senang, gembira.
|
Sila klik link di bawah untuk memuat turun nota pembelajaran untuk tajuk ini.
Selamat mengulangkaji!
"KATA ADJEKTIF"
Categories: Nota Pembelajaran
Langgan:
Catatan (Atom)








